Bermula dari jawatan awal sebagai wartawan pada tahun 1996, Suriani binti Abdul Rahman telah menggalas cabaran sebagai wartawan, khas melapor dan membuat temubual khusus, lintas langsung dalam banyak slot khas serta penyampai berita TV RTM siaran seluruh Malaysia. Suriani merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bidang Psikologi, juga pernah menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa telah menjadikan antara ikon yang paling disegani.
Kini beliau menerajui Unit Pengurusan Bakat dan pensyarah dalam hal-hal pengacaraan dan pencarian bakat RTM di seluruh negeri.
SUHAIMI BIN MOHAMED
Suhaimi bin Mohamed pemegang Diploma Kewartawanan memulakan karier dalam bidang penyiaran seawal tahun 2001 sebagai wartawan. Tahun 2003 – 2005, beliau mula terlibat secara serius dalam bidang pengacaraan dan sebagai penulis media. Berkat minat yang mendalam dalam industri penyiaran, pada tahun 2006, beliau menyertai keluarga besar RTM sebagai penyampai program TV. Kini usia keterlibatan beliau sudah mencecah 15 tahun, dan masih lagi aktif mengemudi pelbagai program bual bicara dan siaran langsung di RTM.
Beliau kini merupakan salah seorang ikon penyampai yang terbaik dalam negara kerana mampu mengacara program-program berprofil bersama jemputan ternama. Antara program bualbicara yang mendapat tontonan khalayak tertinggi adalah program Dialog, Landskap, Isu-isu Khas dan banyak lagi.
Kini beliau merupakan seorang pembimbing tetap dalam progam popular Ikon Siarawan.